Perkhidmatan Kami

Adakah anda sedang mencari.....
Tadika / Taska / Kelas mengaji
Transit Tadika
Transit Pelajar Sekolah
Kelas Pra tahfiz ( 5 -6 thn )
Kelas Tahfiz Junior 1 ( 6 -7 thn)
Kelas Tahfiz Junior 2 ( 7- 9 thn )
ü 16 tahun beroperasi di Kota Damansara
ü Sebuah Tadika yang berdaftar dengan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama -
No. Pendaftaran: BOB 8095
ü Dikendalikan oleh guru yang berpengalaman dan mesra dan mempunyai permit mengajar
ü Akademik / Fardhu Ain / Pendidikan Islam/Pandai Tulis dan Baca Jawi/Bahasa Arab/ Little Scientist
ü Pra Baca ( BM ) / Phonic Reading ( ENGLISH)
ü Cinta Al-Quran-Mengaji dan Menghafal Surah-surah lazim

SMART ISLAMIC KINDERGARTEN
Bestari... Berilmu... Beriman
“A child who start ahead stays a head “
Hubungi PN FARIDAH : 012-3200871
Pengetua Tadika Ummi Bestari Kota Damansara
( 25 years - Early Childhood Experience )
( Exco Persatuan Tadika Islam Malaysia - PERTIM )
( Penerima Anugerah Guru Besar Cemerlang / Penyelia Cemerlang)



AKTIVITI TAHUNAN :
Lawatan
Sambutan Hari kebesaran Islam
Perjumpaan Ibubapa
Go green ...Hari Alam sekitar ( Reka Cipta )
Hari Guru
Konvokesyen
Sukaneka
Program Palestine
Program Jom Ke Masjid Anakku
Simulasi Haji Si Cilik
Visit To Gym Centre
Amali dan Praktikal Solat
Latihan Ibadah Puasa pada Bulan Ramadhan
Out Door Activities ( Giant, Carefour,KFC, Disney,McD,Vitagen,Dumex,Nutrigen,LUNA Steadler,Tupperware,EON Bank,Scott's Emulsion,Badan-Badan NGO :PERTIM,Tabung Haji, ABIM,Perbadanan Negeri Selangor,PPAS,Klinik Pergigian Kelana Jaya,TUNAS,MPTS )


PEMBELAJARAN SAMPINGAN ( Integrated Learning )
Little Scientist - Fun Science Sdn Bhd
Gymnastik - Flipper ROO Gymnastik Sunway Giza
Komputer - Smart Educare
Multi Media Teknologi - ( Child Enrichment Elite Kids )
Islamic Practical Life
PERSPEC Learning Phonic English





Monday, December 19, 2011

PROFILE TADIKA UMMI BESTARI KOTA DAMANSARA

PENGENALAN
Ditubuhkan pada 1hb September 1999 di Jalan Cecawi 6/16  Seksyen 6  Kota Damansara.  Permulaan sekolah pada 2hb Januari 1999 jumlah murid seramai 55 orang dengan jumlah pelajar  6 tahun 20  orang pelajar 5 tahun 20 orang dan pelajar 4 tahun 10 orang. Ketika itu jumlah guru 4 orang termasuk pengetua: Sehingga kini jumlah pelajar adalah seperti berikut:

JUMLAH PELAJAR GURU DAN KELAS MENGIKUT TAHUN
TAHUN
KELAS
PELAJAR GRADUAN
(6 TAHUN)
PELAJAR
 5 THN
PELAJAR
4 TAHUN
GURU
TOTAL
1999
4
20
20
10
4
55

2000
6
36
40
15
6
90

2001
6
60
45
15
8
120

2002
8
60
55
15
9
130

2003
8
65
60
15
10
140

2004
9
65
60
15
10
140

2005
9
77
60
15
11
152

2006
10
89
70
15
12
160

2007
10
90
65
30
12
170

2008
8
77
70
15
10
141

2009
8
70
60
15
10
130

2010
7
70
60
15
10
116

2011
7
61
45
15
10
121



Cerita kami....Pada 1999 -2002 hanya 5 buah tadika yang terdapat di sekitar kota Damansara salah satu adalah Tadika Ummi Bestari DISEKSYEN 6 ...tetapi pada tahun 2005 - 2008   kemasukan tadika-tadika  baru   iaitu Genius Aulad. CIC ,Little Caliph , Krista ,CEC dan sebagainya. Jumlah pelajar kami... ketika itu masih mencecah 140 lebih.    Pada tahun 2008 penempatan seksyen 5  mula dibuka ,  yang  satu km saja dari tempat kami ,  7-9 buah  lagi tadika baru yang dibuka disitu...tapi..kami masih boleh bertahan  mengekalkan jumlah pelajar 100 lebih.  
Alhamduliillah kami tidak gentar dengan jumlah pelajar sedemikian ,apa yang penting kami mesti beri yang terbaik untuk pelajar yang yang ada,  kami memastikan MEREKA BOLEH MEMBACA BM, ENGLISH , JAWI DAN AL-QURAN sebelum naik kedarjah satu . Mempertahankan pembelajaran anak-anak mengikut lunas yang betul, kualiti dan mutu perkhidmatan sentiasa dijaga. Pengurusan dan pentadbiran yang sentiasa di ‘up-grade’ hampir setiap tahun . Impian ibubapa kami cuba sedaya  upaya kami penuhi kerana mereka  melabur wang dan memberi harapan yang tinggi  kepada kita. Berbekalkan pengalaman yang sudah 24 tahun didalam bidang ini puan pengetua cuba tanpa henti menambah baik mutu pendidikan dan perkhidmatan , belajar tanpa henti...dan mencari maklumat , membimbing guru-guru dan ibubapa dalam menjayakan visi dan misi Tadika Ummi Bestari.

Dan janji kami satu lagi kepastian,  anak-anak  akan memperolehi asas-asas pelajaran islam...seperti Bacaan dalam Solat , Aqidah ,Tauhid ,Sirah dan Akhlak didalam adab –adab muslim ( islam ) dan mereka menghafal doa-doa  harian serta menghafaz surah-surah lazim 
( hafazan surah) perlu mereka kuasai...  untuk masuk kedarjah satu dan SRA ( Sekolah Rendah Agama )  . Oleh itu pencapaian mereka sudah tidak menjadi masalah lagi...MEREKA SUDAH CUKUP BERSEDIA UNTUK NAIK KENA DARJAH SATU.
Ternyata formula kami dari  TAHUN 1999 lagi mendapat kepuasan ibubapa .....apa yang kami perjuangkan TADIKA UMMI BESTARI hampir setiap tahun  “ SCORE “ 100% kanak-kanak pandai membaca sebelum naik darjah satu. Ini menjadi tiruan ratusan tadika yang lain yang berlumba-lumba mencari formula  seperti produk kami.  Dari tahun 1999 lagi ...pada ketika itu...  ibubapa atau banyak tadika tercari-cari bagaimana menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca sebelum anak kedarjah satu , banyak tadika tidak berjaya memprodukkan kanak-kanak yang boleh memegang buku cerita, memegang suratkhabar pagi-pagi bersama ibubapa mereka ketika masa santai dirumah. Mereka boleh menulis dan membina  ayat –ayat yang dibaca,  ayat –ayat yang diarahkan tulis, atau membina perkataan dan ayat dari cerita bergambar.   Pendekatan dan formula kami telah terbukti...Alhamdulillah dengan produk  kaedah cepat baca itu sebahagian besar masalah ini dapat diatasi.  Kini kami telah menggunakan kaedah tersebut 14 tahun. Saya harap ibubapa kami patut  bersyukur kerana mengenali kami....Disamping itu kami ada juga formula untuk Bahasa Inggeris , Jawi dan Al-Quran pula-kerana semua ini adalah IQRA’  UTAMA !!! yang disarankan oleh Rasulullah..mesti ditekankan kepada anak-anak dibawah umur 6 tahun ....disamping akhlak dan budi pekerti luhur sebagi seorang muslim perlu ditanamkan kepada anak-anak yang kecil itu...mereka ibarat kain putih...perlu dicorakkan mengikut ciri –ciri dan lunas Al-Quran dan Sunnah ....cinta Allah dan  Cinta Rasulnya...peribadi Muslim tercipta melalui pendidikan yang Holistik antara Addin dan Duniawi sama pentingnya...bagi melahirkan generasi bijak soleh, BESTARI , BERILMU DAN  BERIMAN .  Hanya Insan yang kamil ,bertaqwa calon syurga ALLAH.

8 comments: